Thursday, August 26, 2010

Antara Kebuduhan aku



1. Mengingati tarikh.
Aku paling fail kalau ingat tarikh. Dalam exam Sejarah masa SPM pun aku tak ingat walau satu pun tarikh-tarikh penting sejarah Malaysia. Sebenarnya bukan setakat tarikh. Apa-apa yang bersifat kenomboran, itu yang aku sukar untuk ingat dan hafal. No pendaftaran motor aku pun, aku ambil masa dekat setahun setengah untuk hafal. Aku lebih suka memahami dari menghafal.

2. Suka lari dari masalah
Lantak la.. Sukati kau la.. isk nanti-nanti la kot.. selalu menjadi anthem aku kalau aku sudah malas mahu berfikir. Benda ni kadang-kadang membawa kebaikan. Kadang-kadang buat lagi teruk sebenarnya. Aku berusaha untuk membendung kebuduhan aku.

3. Suka menyesal
Aku suka menyesal. Kalau satu-satu perkara itu bertambah teruk, baru nak menyesal. Satu je benda yang aku tak menyesal. Iaitu bila nasi menjadi bubur... jadi bubur nasik, makan je la..

4. Masalah bangun tidur
Masalah ni telah diperakui dan disahkan oleh room mate, housemate, mak aku, dan bos-bos aku.. Aku kunci alarm di handphone. Bila cukup time, berbunyi, aku bangun tengok handphone dan aku matikan alarm. aku tidur balik. setengah jam selepas itu, mak aku kejutkan aku, aku bangun, dan tidur kembali. 2 jam kemudian, bos aku pulak call, terus rasa segar.... tak payah mandi, terus pakai baju hehehe...

5. Suka menceritakan kebuduhan aku
lihat saja entri ini....

soalan kuiz minggu ini : Perempuan berambut blonde sering dikaitkan dengan kebuduhan, mengapa?

Wednesday, August 25, 2010

Keroncong Untuk Ana



Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu untukku bertapak
Walaupun sejengkal jari
Agar dapat ku berdiri
Di ambang pintumu

Kemana
Hilangnya keroncong
Oh! cinta yang kita
Nyanyikan bersama

Ataupun
Aku yang bersalah
Hanya menepuk tangan
Sebelah saja

Ana.. Ana..
Ana.. Ana..

Tiada ku sangka akhirnya
Kau tutup semua
Pintu cinta untukku
Hinggaku
Termanggu tiada
Arah nak ku tuju
Membawa hatiku

(lirik oleh S.Amin Shahab)

Sunday, August 22, 2010

Header baru

Aku telah tukar header yang baru..
Masih mengekalkan theme color yang sama.
Hijau dan putih.
Ni la namanya takde kerja cari kerja..

Friday, August 20, 2010

Cerita Pasal Kahwin.

Usia 24 adalah era umur di mana ramai rakan2 di sekelilingku mula berkahwin.
Lepas satu, satu kawin...
Lepas dia, kau kawin pulak..
Hah? Kau bila lagi? Bila aku boleh merasa nasi minyak kau?
cet... lambat lagi.... jawapan standard realiti ataupun drama swasta.
di antara mereka, terbahagi kepada 3 kategori:

1. Ada yang berkahwin dengan orang yang dia cintai sejak dulu lagi.
2. ada yang berkahwin dengan orang yang baru kenal.
3. ada yang berkahwin dengan orang yang dia tak cinta.

secara jujurnya aku kurang selesa dgn no.3.
Memang jodoh ditangan tuhan. Tapi tuhan bagi kita pilihan kan?
kalau ikut islam sekalipun. Bertunang baru la bakal pasangan boleh kenal hati budi masing-masing. Kemudian kalau tak berkenan,tak ngam, boleh reject. Putus tunang.

jadi nasihat saya...
BERKAHWINLAH DENGAN ORANG YANG ANDA NAK KAHWINI...
sekian.

Wednesday, August 18, 2010

Aku Lemah

Kali ini aku betul-betul lemah.
Lemah tak tau nak buat apa.
Aku tak tau macamana nak terima takdir.
Camne tu? Aku dengan cerita aku yang sedih.
Dia dengan cerita dia yang sedih.
Aku ingin betulkan keadaan.
Tapi nampak gaya macam aku yang akan bersedih lagi selepas ini.
Aku tahu apa yang perlu aku buat.
Tapi aku tak yakin ianya berhasil.

Aku pendekkan kepada ayat yang lebih pendek.
AKU PERLU LAKUKANNYA WALAUPUN AKU TAHU IANYA TAK BERHASIL.

anda tidak faham? jangan risau. anda tak perlu faham...

Monday, August 16, 2010

Pelayaran


Pukul 1.41am tertera di desktopku... Aku masih lagi belum tidur... Tunggu video tak habis download. Jadi aku ambil kesempatan untuk menulis (walaupun sebenarnya aku tak tahu apa yang perlu ditulis). Biasalah... Aku masih lagi blur mengapa aku wujudkan blog ni...

Dunia aku sedikit terumbang-ambing. Aku sedar yang aku masih lagi berlayar tanpa kompas. Namun aku tetap teruskan pelayaran. Tak tahu kemana. Barat atau timur? Utara ke Selatan? Belasah je la ikut angin... Jumpa darat, singgah. Jumpa taufan, redah.

Aku keliru dengan perasaan aku. Ye betul kata seseorang tu. Aku rasa aku perlu perbetulkan pendirian aku kepada beliau. Perasaan aku ni betul-betul serius ke? atau sekadar bersifat sementara kerana lonely? Pening kepala weehhhhh... Aku tak salahkan beliau. Yes! Perempuan berhak dapatkan payung untuk mereka berteduh. Payung aku tak la sekebal mana.. tampal sana tapi bocor di sini... Jiwa aku ingin ke level seterusnya tapi hakikatnya keadaan tak meyakinkan. Kalau aku jadi dia pun aku tak yakin... ahhhh permainan perasaan ni terlalu kompleks macam trilogi the Matrix...

Lupakan fasal perasaan.

Sukar jadi orang dewasa ni rupanya.. Macam-macam benda nak fikir. Aku berharap Ramadhan kali ini lebih baik. Aku berusaha ke arah itu. Ye... aku semakin hari semakin rasa feel sebenar Ramadhan... Aku harap feel ini akan terus aku bawa ke bulan-bulan berikutnya... InsyaAllah...

Sunday, August 15, 2010

ADAKAH AKU SUDAH DEWASA?



Boleh dikatakan ramai dikalangan kawan-kawanku dah mula bertunang dan berkahwin. Alhamdulillah. bagus bagus... Ramai juga yang dah pakai kereta hasil titik peluh sendiri. Bagus dan tahniah aku ucapkan. Ada segelintir daripada mereka yang ada masalah kesihatan. Buasir, Gout, Jantung, Kencing Manis, Darah Tinggi.... perghhh....
Di sini aku susah untuk katakan aku makin dewasa.. tetapi persekitaran aku sudah dewasa. Dari segi topik perbualan, masalah, hobi dan macam-macam lagi rata-rata bertemakan 'Kedewasaan Manusia'...

Adakah aku sudah dewasa?
Ada seseorang pernah cakap aku belum dewasa kerana aku berambut panjang... yeke?

nota: industri 'dewasa' di Malaysia juga semakin dewasa.

Tuesday, August 3, 2010

Kisah Sedih

Aku download THX1138... memandangkan seed tak byk.. jadi aku terpaksa menunggu 3 hari setengah untuk mendapatkan movie itu. tapi hasilnya hampa bila gambarnya rosak dan audio tidak sync.. cet.....!!!!!