Friday, June 3, 2011

Tazkirah dari saya yang banyak kelemahan

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasullah S.A.W bersabda :

" Apabila umatku telah membuat lima belas perkara ini maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :

1 . Apabila harta negara hanya beredar pada orang - orang tertentu .

2 . Apabila amanah itu dijadikan sumber keuntungan .

3 . Zakat dijadikan hutang .

4 . Suami memperturutkan kehendak isteri .

5 . Anak derhaka terhadap ibunya .

6 . Sedangkan ia berbaik - baik dengan kawan nya .

7 . Suka menjauhkan diri dari ayahnya .

8 . Suara ditinggikan di dalam masjid .

9 . Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka .

10 . Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatan nya .

11 . Arak diminum di merata tempat .

12 . Kain sutera banyak di pakai kaum lelaki .

13 . Para artis disanjung - sanjung .

14 . Muzik banyak dimainkan .

15 . Generasi akhir umat ini melaknat ( menyalahkan ) generasi pertama ( sahabat ) . Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan di roboh menjadi makhluk lain .

H.R TIRMIZI .

Sekadar renungan di hari jumaat . Mungkin ada yang berkata , aku pun bukan lah di kalangan yang terbaik untuk mengingatkan pada semua , tetapi sekadar berkongsi tidak lah mendatangkan apa - apa kerugian .

Semoga pagi jumaat ini sama - sama kita kekal hidup di atas bumi ini dengan rahmat dari - NYA .

AMIN~...

Tuesday, April 19, 2011

menarik dan tak menarik bulan ini.

TAK MENARIK
1. computer aku makin slow.
2. aku jual basikal sebab nak pakai duit.
3. aku dah jadi heavy smoker balik.

MENARIK
1. Aku dah ada lesen kereta.
2. Aku beli tripod baru.
3. Aku bertunang... Yahooo!!

ye.. terima kasih kerana ambil berat...

Tuesday, April 5, 2011

LOLOQ : KERONCONG NOSTRADAMUS


Hikmah madah syair seloka

Gurindam selang seli kail

Mengail bebunga daun berduri

Beburung berwarna warni

Oh…mmmmmm

Bagaikan sibatik impian

Sebuah peta kehidupan

Penyuluh zaman keroncong zaman

Penyuluh zaman…..keroncong zaman

Aku di sini bagai si helang

Mabuk kepayang pulang petang

Bersua cenderawasih kayangan

Melayar songsang di awan…

Melayar songsang di awan

Haruskah aku hanyut

Di bawa arus dan pasrah

Menyaksikan semuanya

Berlaku dan berlalu…..

Monday, February 7, 2011

Punch-Drunk Love : Adam Sandler dalam Art Film

Film ini mengisahkan Barry, seorang bisnesman kecil-kecilan yang hidupnya memang tak best. Dia ada kakak (7 orang tak salah aku) yang memang buat dia tension. Sesungguhnya famili Barry ni memang tak best (famili biasa, tiada apa yang menarik). Aku rasa Barry ni ada sakit mental jugak kot. Dalam film ni, Barry memang lonely dan takde awek. Jadi salah seorang kakaknya cuba match-makingkan Barry dengan bosnya, Lena. Barry cuba mencari seseorang untuk dia bercerita dan telah menghubungi servis phone sex yang telah membuatkannya diugut untuk dimalukan.

Lakonan Adam Sandler dalam film ini tak banyak beza dengan Adam Sandler dalam film2 Happy Madison. Mungkin pengarahnya memang nak Adam Sandler jadi Adam Sandler kot. Jadi, Adam Sandler selamat di dalam film ini.

Rupanya Lena ni memang ada hati dengan si Barry. Jadi ini membuatkan Barry risau yang kes ugut pasal dia menggatal call servis phonesex di ketahui kakak-kakaknya dan Lena...

Satu scene menarik di mana dalam satu masa, semua benda berlaku dalam satu masa. Kakak Barry yang sibuk tanya macam-macam, kilang kecil Barry yang huru-hara, Barry cuba berlagak cool depan Lena, Barry kena ugut sekali lagi... ditambah dengan muzik latar yang raw (nak kata suspen, tak suspen, nak kata groove, tak groove. macam main belasah je) tapi berkesan...
Ada beberapa scene yang pelik. Aku sendiri pun tak faham. Contohnya, di awal cerita, terdapat satu eksiden pelik di mana Barry menyaksikan 1 van tergolek tanpa sebab dan tak semena-mena 1 lagi van berhenti dan meletakkan harmonium di tepi jalan...

film ini bergenre 'romantic comedy' namun ia lebih kepada cinta orang dewasa yang biasa-biasa sahaja. Tiada hot chic, tiada balak hensem dan gagah, tiada kereta besar, tiada party-party, tiada character side kick yang lawak, tiada scene cinta 3 segi, tiada scene si lelaki mengejar aweknya yang nak naik kapal terbang semata-semata untuk meminta maaf dan berharap agar di terima kembali. Tiada shot bercium sambil slowmo. Cuma cinta orang biasa yang tak tragik tapi...... tetap SOOO sSWEEEEET......


*tambahan nota : Adam Sandler sentiasa bersut biru dalam cerita ini....

Sunday, February 6, 2011

Ali tidak lagi Setan


Entri kali ini, wawancara dengan Azmil Mustafa.. Aku tak interview dia. Aku copy dari laman sesawang yang lain... Aku minat dia ni dulu.. mungkin wawancara ni boleh buka mata sikit... bacalah sendiri ye...
APABILA disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , 'berkat' daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan 'penghijrahan' daripada kehidupan yang penuh 'lagha' kepada pengabdian diri kepada Allah. Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem 'Puteri Gunung Ledang'; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama. Wartawan Global Media Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.

Kenapa saudara memilih untuk ke Syria ?

Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria . Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia , saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya.

Saya belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi (Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi' dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria .

Sejak bila sebenarnya saudara ke sana ?

Sudah setahun.
Saya pergi redah sahaja. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama saya di sana .

Anak saya Noramalia Batrisya ,15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami' Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur di Syria . Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu.

Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab. Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.

Puas hati macam mana?

Dengan perubahan perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden . Tapi di sana mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan dijaga.

Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia "jangan tengok lelaki" bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi.

Di sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat pergaulan secara bebas berlaku . Duduk satu meja pun tak ada.

Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria , dalam bas kalau hanya ada seorang wanita yang menjadi penumpang , yang lelaki tidak akan naik dan sanggup tunggu bas yang lain datang untuk dinaiki. Bimbang timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin untuk menjaga perkara ini.

Antara perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di Malaysia , biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah.

Dulu tinggal di Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC.

Pergi ke sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia .

Sampai di Syria, dia jadi pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar negara yang lain seperti dari England , Afrika Selatan , Kazakhstan , China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik

Bagaimana saudara menyara kehidupan di Syria ?

Tidak ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang Syeikh di sebuah apartmen di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul sebarang masalah besar.

Kita kena yakin rezeki itu datang daripada Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu.

Malah ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi oleh jiran kerana terlampau banyak.

Dan di sana kita yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria . Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan. Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk diberi kepada kanak-kanak.

Saya juga terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan.

Kenapa saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?

Bumi Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah belajar dan khatam al-Quran.

(Di Amerika , Azmil belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmil dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian. Ayahnya Datoʼ Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tidak mahu Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred ʽAʼ

Mula-mula saya berubah dulu nak baca surah al- Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria .

Di sana , anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah) di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana. Bila datang dia meminta saya mengajar anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila "check" ayah baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong ajarkan anak-anak saya.

Tapi alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam ( Syria ), bumi para anbiya'.

Dahulu negara ini tertutup. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya. Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat.

Macam di Malaysia, apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan kita.

Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang menyimpang dari ajaran Islam.

Adakah kerana saudara bimbangkan keadaan begini sehingga sanggup membawa anak-anak jauh dari Malaysia ?

Sebab benda inilah saya bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan yang tegur saya " Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam man nak cari kerja?" Saya jawab balik, "
Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM". Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah.

Sekarang anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?

Memberi pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria . Orang lain mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam saudara.

Saya rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya.

Sekarang kita kongsi raya, kia kongsi hukum, kongsi taraf atau standard Islam dengan yang lain. Kita membandingkan ajaran Islam dengan yang Barat. Kalau tak seperti Barat, kita anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum Allah dengan hukum kafir. Inilah yang saya nampak masalah kita pada hari ini.

Ini pun nak berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih ʽterjajahʼ. Syria ini dia baru terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak. Kalau kita di Malaysia , kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan England dan Amerika.

Tetapi bagi saya , kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang Melayu nak tiru.

Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu ?

Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak.

Dari sekolah itu yang diajar. Supaya kita bersedia dengan pengaruh dan sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat persekolahan kita berpeluang belajar sampai ke universiti di Amerika, di England. Tetapi kalau kita keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang sambung belajar itu tidak seberapa.

Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat. Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam..

Dan yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam sekolah biasa tak boleh baca Alif Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman dulu lagi dan kita tidak sedar.

Saya cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang berlaku. Dia kata mereka pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok anak-anak terbuang di tong sampah. Moden nak tengok anak-anak mati sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram. Itu moden buat apa. Pembangunan sedemikian yang membangun hanya bangunan dan jalan raya. Akhlak runtuh.
Akhlak diruntuhkan kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan. Sebab itu fikirlah, kerana tak ke mana kita dengan pembangunan sebegitu.

Kenapa remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan?

Sebab memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama'. Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan.

Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak , berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada.

Sejak sekolah lagi , anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum syariah ? Itu masalah kita.

Pada pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak diselesaikan?

Sekarang kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam. Undang-undang yang dimulakan oleh British dahulu. Cuba kita gunakan hukum syariah, saya percaya gejala sosiol yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak, itu pilihan anda sendiri.Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah sekarang.

Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?

Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat.

Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan Allah atau ikut syaitan.Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap benda yangt berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal.

Islam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.

Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?

Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi
industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain.Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.

Nasihat kepada rakan artis

Pendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat.

Saturday, January 29, 2011

Tips Elak Malas Semayang

1. Bersiap sedia mengambil wuduk sebelum azan.

2. Jangan berlengah-lengah untuk bersolat setelah azan berkumandang.

3. Sentiasa mengingati bahawa malaikat Izrail boleh dating bila-bila masa untuk mencabut nyawa kita, dan kita akan mati.

4. Fikirkan segala azab yang akan diberikan oleh Allah s.w.t.

5. Fikirkan bagaimana siang boleh menjadi malam pada tepat waktunya tanpa sebarang kesilapan. Ia membuktikan kekuasaan Allah s.w.t.

6. Mengenal sifat-sifat Allah kerana dengan mengenal sifat-sifat Allah, manusia akan mendapat merasakan kehadiranNYA dan langsung menanam benih cinta terhadap Allah. Dengan ini manusia akan turut setiap perintah Allah dan tidak akan melengahkan sembahyangnya. InsyaAllah.

7. Mengingati bahwa solat itu penting sebelum kita disolatkan.

8. Sebagai manusia kita tidak lepas dari membuat dosa, dan waktu bersolat itu adalah masa yang sesuai untuk bertaubat.

9. Pergi ke masjid sekiranya malas bersolat bersendirian.

10.Bersembahyang berjemaah bersama ahli keluarga.

11. Menghayati bahawa solat itu adalah jalan yang benar-benar ke akhirat.

12. Jangan makan terlalu banyak kerana bila perut terlalu kenyang akan membuat kita berat dan mengantuk, maka malaslah kita untuk solat.



*ni aku copy dari blog orang lain sebenarnya. sebagai panduan untuk semua dan aku.... aku pun ke laut jugak kadang-kadang (selalu sebenarnya).. jadi sama2 lah kita beringat. wallahualam.

Monday, January 10, 2011

Petua otak cerdas





Bergaul dengan orang cerdas menyebabkan anda turut menjadi cerdas. Sebagaimana bergaul dengan orang yang berani menyebabkan anda turut berani. Kalau anda bergaul dengan orang yang berjiwa besar, jiwa anda turut besar. Kalau bergaul dengan jutawan, hati anda turut merasa kaya lalu timbul keinginan untuk berusaha untuk menjadi sepertinya.

Dek kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Kalau anda bergaul dengan penjual minyak wangi, badan anda akan harum kerana terkena wangi-wangiannya. Kalau anda bergaul dengan tukang besi, badan akan busuk kerana terkena wap besi yang busuk."



Demikian juga diformulakan oleh Imam Syafie, "Ada tiga perkara yang boleh mencerdaskan mental; selalu berdamping dengan ulama', bergaul dengan orang-orang soleh dan meninggalkan perkataan yang sia-sia." Abdullah bin Mas'ud mempetuakan, "Ada empat perkara yang menggelapkan hati; perut yang selalu kenyang, bergaul dengan orang yang berbuat dosa, tidak insaf dengan dosa-dosa lalu, dan panjang angan-angan." Kalau anda mengenali individu-individu yang pintar dan baik akhlaknya, jangan lepaskan kesempatan untuk berkawan dengannya.




*gambar di atas pada asalnya tidak bermaksud... tapi bila difikirkan balik.... sebenarnya ada kena mengena juga la dengan entri ni...

Saturday, January 8, 2011

Download dari internet : sebuah karya seni yang hebat!

Rumahku telah didatangi pekerja teknikal TM. Aku baru bangun tidur(Jelaslah aku sedai mamai-mamai tidak tahu apa yang berlaku). Pekerja TM dengan laptopnya.... Setelah puas berfikir sambil makan nasik lemak, akhirnya baru aku ingat, abang aku pergi ke Tmnet centre untuk pasang UNIFI.

Aku masih lagi ingat ketika penghujung 1998, aku mengikuti kursus pendek IT anjuran Telekom Malaysia. Ketika itu aku pertama kali tahu apakah internet yang orang sibuk cerita sana-sini. Tahun 1999, teknologi internet sampai ke rumahku. Bapaku (arwah) bawa balik modem dial up external seberat sekilo (aku rasa laa). Cucuk cable telefon, cucuk kat computer.. Dial la 1515 menggunakan sistem operasi Windows 98...

trruuuuuuttttt teeeeeeeeetttt...... tut tut treeeeettt...........

Aku dapat komputer peribadi sendiri tahun 2002... Pinjam duit nenek aku. Sejak itu lah aku mula kenal erti download... hahhaha pakai MIRC pun boleh download lagu. kekeke Aku ingat lagi video pertama aku download - P.O.D - Sleeping Awake. Aku ambil masa lebih seminggu untuk siap download. Kelajuan tak sekata sekitar 0.6kbps - 4kbps... Guna Kazaa.... hahhahaha anda pernah dengar Kazaa? Mungkin antara software P2P...

Tak silap aku Streamyx mula masuk keramat aku rasa sekitar 2004 kot. Setahu aku orang pertama yang pakai kat Keramat, Naqib... mamat ni memang gila gadget. Sampai tahun 2007, hampir semua kawan-kawan aku pakai Streamyx. Tapi aku masih guna dial-up... dial dial tak dapat.... cuba lagi.... Modem kong, tuka modem.... dari mula-mula harga rm200, sampai la aku boleh dapat dalam sekitar rm45 sahaja. Aku rasa aku sorang je kot pakai dial up time tu... kahkahkah..

2009, baru la aku dapat merasa streamyx... itu pun sebab abang aku bayar..... Apa lagi, try download... pehh... 10kbps minimum... kira ok la.... daripada pakai dial up sebelum ni...

Nah sekarang aku pakai UNIFI. download lagu 5mb pun tak sampai 10 saat.... ambik ko!!! hahhahahaha....


*aku tidak menggalakkan download karya orang lain sebenarnya... aku akui ianya tetap salah dan tak bagus untuk industri... Kalau aku nak download lagu melayu pun, biasanya lagu2 lama... Uji Rashid - Semakin Hari Semakin Sayang contohnya...

Wednesday, December 29, 2010

KISAH BENAR : Satu Hari Yang Konfius pt.2


*sila baca cerita ini dari bahagian 1

Kereta yang berlalu itu seperti pernahku lihat. Tapi....

Ahh... kereta. Ianya hanya sebuah kereta... Oh tidak, aku pernah lihat kereta itu semalam, berlegar di hadapan rumahku dalam 30 minit. Tapi apa yang pemandu itu mahukan dari aku..?
Aku cuba kaitkan kejadian hari ini, kereta itu dan semalam.. Kereta itu = satria hitam. Semalam = Khamis. Hari ini = sunyi... Ermm....

Ahh.... aku mengalihkan perhatianku. Aku sudah lambat untuk ke tempat kerja.

Aku menendang penghidup enjin motorsikal ku.. Kurrr...!!! kurr..!!! Kurr breeeetttttt.....

Ah sudah! susah pula nak menghidupkan benda alah ini. Aku cuba lagi.
Kurrr...!!! kurr..!!! Kurr breeeetttttt..... Kurrr...!!! kurr..!!! Kurr breeeetttttt..... Kurrr...!!! kurr..!!! Kurr breeeetttttt.....Kurrr...!!! kurr..!!! Kurr breeeetttttt.....Kurrr...!!! kurr..!!! Kurr breeeetttttt.....Kurrr...!!! kurr..!!! Kurr breeeetttttt.....Kurrr...!!! kurr..!!! Kurr breeeetttttt.....Kurrr...!!! kurr..!!! Kurr breeeetttttt.....Kurrr...!!! kurr..!!! Kurr breeeetttttt.....Kurrr...!!! kurr..!!! Kurr breeeetttttt.....Kurrr...!!! kurr..!!! Kurr breeeetttttt.....

" ********!!!!! " carutku. Aku dah la lambat ke pejabat, motorsikalku menambah masalah lagi kepadaku.... "Bismillahirahmanhirahim..." Kurrr...!!! kurr..!!! Kurr breeeett... Kuurrrr vrooommm....!!!!!! Yes!! Tanpa buang masa lagi, aku terus keluar dari rumah...

Aku menghala ke Gombak... Suasana lengang.... Tiada kereta, bas, motor, orang lalu lalang.... hairan sungguh... Apa yang terjadi sebenarnya? Mungkinkah kereta Satria hitam itu adalah makhluk asing yang menculik jiran-jiran dan orang kampungku? Ishhh...

Aku jumpa seorang budak kecil berbaju melayu dan bersongkok... memandang ke arahku. Matanya tajam...

Lalu aku........





*bersambung....

Friday, December 10, 2010

KISAH BENAR : Satu Hari Yang Konfius pt.1


Aku bangun dari tidur, tepat jam 1.30pm. Keluargaku tiada di rumah. Aku terus bersiap untuk ke pejabat. Dalam hatiku berkata AH LAMBAT PULAK HARI NI. MAMPUIH KENA MAKI.

Aku mengenakan tshirt Floyd, skinny jeans, leather jacket seperti biasa. Aku makan tengahari dalam piring, strategi untuk tak makan banyak. Aku keluar rumah untuk pakai kasut. Tiba-tiba aku perasan sesuatu yang ganjil...

sekelilingku senyap sunyi... hanya kedengaran bunyi unggas dan burung yang datang dari belakang rumah... Pelik.. Memang pelik.. Selalunya kecoh dengan kereta lalu-lalang. Tambah pula time tengahari, Ibubapa mengambil anak mereka di Sekolah Al-Amin di tepi rumah. Tapi kali ini, tiada... Pelik... Memang pelik...

Tiba-tiba, sebuah kereta berlalu di hadapan rumahku.....



bersambung...

Monday, November 22, 2010

CARA SEBENAR UNTUK BUAT CENDOL




Bahan-Bahan CENDOL:

10 helai daun pandan yang segar.

650 gm tepung kacang hijau

250ml air

250ml air yang asing untuk digunakan untuk penyejukan titisan (droplet) cendol.

Seberapa titik pewarna hijau makanan.

1/2 Sudu Air Abu (Ash Water).

Cara-Cara Penyediaan:

1.Untuk mendapatkan air pandan, potong daun pandan kira 2 inci. dan masukan air 250ml dalam mesin pengisar(Blender).

2.Setelah daun lumat, kelurkan dan tapis menggunakan penapis kain (Teh) atau kain bersih yang jarang.Titiskan warna hijau dan masukan air abu ke dalam. Kacau serata.

3.Masukan air pandan ke dalam periuk yang sederhana dan panaskan air pandan sehingga mendidih.

4.Pada waktu yang sama, masukkan tepung kacang hijau ke dalam bekas pengisar dan campurkan dengan air 250ml, dan menggunakan pengkisar, adunkan serata.Selepas tepung itu sebati masukan ke dalam air pandan yang sedia mendidih itu.Sentiasa kacau adunan itu sehingga adunan itu akan menjadi kilat dan likat. Anda perlu mengalihkan adunan itu segera dari api Amaran: Jangan biarkan adunan berkerak.

5.Sediakan penapis cendol di atas sebuah basin yang 1/2 diisi air ais (ice cold water). Masukkan sedikit adunan itu ke atas penapis cendol dan beri sedikit tekanan menggunakan senduk untuk membentukan titisan cendol meleleh masuk ke dalam bekas air ais.

6.Biarkan titisan cendol tadi dalam bekas air ais sehingga ia akankan berbentuk sedikit keras. Sentiasa tambahkan ketulan ais ke dalam bekas supaya titisan cendol segera, keras berlembut.

7.Simpan di dalam peti sejuk. Sedia untuk digunakan.

Penyediaan Gula Melaka:

350gm gula Melaka

100 gula kastor atau gula batu)

250 ml air

3.4 helai daun pandan.

Masukkan semua bahan-bahan tersebut dalam periuk dan masak sehingga mendidih.Tapis air gula dan sedia untuk digunakan.


Penyediaan Santan:

a. 2 biji kelapa. Di kukur dan 1 liter air yang telah mendidih yang telah disejukan.

b. ¼ - 1/2 sudu teh garam.

3. Untuk peniaga-peniaga disyorkan untuk santan tahan lama, tambahkan secubit kapur Masukkan ke dalam santan.

Saturday, November 13, 2010

Lagenda R.Azmi




R Azmi dilahirkan di Kuala Kangsar pada tahun 1923 dengan nama Raja Azmi Raja Ambiah, Beliau dikatakan disisihkan oleh kerabat istana Perak kerana memilih untuk membabitkan diri dalam bidang seni.Lebih kerakyatan, dan berdarah seni. R digunakan utk mendekati golongan rakyat pd zaman dulu yg begitu mengagungkan R dan takut ketulahan.

Selepas disisihkan, beliau membawa diri ke Singapura dan diterima bekerja di MFP Studio, Jalan Ampas sebagai penyanyi latar dan pelakon pembantu.
Pada zaman kegemilangan filem Melayu pada tahun 50-an, beliau dianggap pesaing hebat dengan P Ramlee.Pernah dr Klang ke Melaka utk buat persembahan dgn berbasikal

Mulai awal tahun 1960-an, namanya mula tenggelam. R Azmi terpaksa menyara kehidupannya menyanyi di funfair, itupun sambutannya tidaklah seberapa. Jika kalian mendengar lagunya iaitu Nasib Penyanyi, ia menggambarkan kehidupan sebenar beliau. Filem Jimi Asmara lakonan Allahyarham Hani Mohsin juga melengkapkan gambaran itu.

R Azmi meninggal dunia pada tahun 1974 akibat penyakit asma pada usia 51 tahun di rumah seorang guru besar di Klang, Selangor.

Hidupnya di saat akhir amatlah melarat kerana tiada anak isteri atau saudara mara di sisinya. Tambahan pula, pembabitannya di bidang seni tidak memungkinkan beliau mengumpul harta di hari tua, hinggakan beliau terpaksa menumpang teduh di rumah orang hanya untuk menemui ajal.

Selain lagu Memikat Hati, lagu popular lain daripada R Azmi ialah Si Cantik Manis, Hati Rindu, Terimalah Salamku, Putih Kuning, Kalau Ke Singapura, Ingin Ku Berjumpa, Helo Helo Sayang, Senyuman Yang Manis, Di Bawah Bulan Purnama (duet dengan Rokiah Wanda), Renungan Di Senjakala, Hatiku Kecewa, Mata Keranjang, Nasib Penyanyi, Bercerai Kasih, Kerana Mata, Hore Hore Samba, Pak Hitam, Rindu Kalbu dan Kalau Sudah Tergoda.

Sunday, October 17, 2010

Hari Isnin adalah Hari Malas



Siapa yang tak setuju dengan tajuk di atas, sila bunuh diri sekarang. Aku malas. Betul-betul punya malas. Aku cemburu dengan kerajinan Fairol dan Khairol, editor kat Cyberbang ni. Mereka tak pernah malas. hahahaha gile babi betul...

haiiihh!!!!!

la·zy (lz)
adj. la·zi·er, la·zi·est
1. Resistant to work or exertion; disposed to idleness.
2. Slow-moving; sluggish: a lazy river.
3. Conducive to idleness or indolence: a lazy summer day.
4. Depicted as reclining or lying on its side. Used of a brand on livestock.

Tuesday, September 28, 2010

LADY GAGA PALING POPULAR


*dipetik dari majalah Mingguan Wanita.


LADY GAGA PALING POPULAR


Baru sahaja status paling popular di Twitter disandang oleh Britney Spears, kini Lady GaGa sudah mendahului Britney. Dengan jumlah pengikut seramai lebih 5.7 juta orang, kini Lady GaGa adalah pengguna Twitter paling popular.


Dicatatkan, Lady GaGa memiliki pengikut sebanyak 5,735,554 dan ia telah melebihi jumlah yang diraih Britney Spears iaitu sebanyak 5,701,236. Namun terdapat ramalan menyatakan bahawa Lady GaGa akan menerima nasib yang sama dengan Britney yang hanya bertahan beberapa ketika kerana jumlah pengikut Justin Bieber juga semakin bertambah.


Ini kerana Justin bakal mengatasi Lady GaGa dengan pertambahan pengikut sekitar 800,00 setiap bulan. Jika angka ini tidak berubah, maka dalam tempoh enam bulan, penyanyi remaja kegilaan ramai ini akan berada di kedudukan teratas.




WTF?????

Friday, September 24, 2010

Asam Rebus Ikan Parang


Bahan-Bahannya:

3 potong ikan parang

1 keping asam keping

Garam secukupnya

3 batang serai – dititik

1 labu bawang besar- dipotong 8

Air secukupnya


Bahan Kisar -

1 inci halia

6 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

2 biji tomato masak

1 labu bawang merah

½ inci lengkuas

15 biji cili kering

6 biji cili api

3 biji cili merah


Caranya:

1. Dalam periuk, masak bahan kisar bersama air, asam keping, serai yang dititik sehingga mendidih

2. Masukkan ikan dan garam. Biarkan kuah mendidih agak lama dengan api yang sederhana (5 – 10 minit)

3. Apabila ikan sudah mesra dengan kuah, bolehlah diangkat dan dihidangkan. 

Wednesday, September 15, 2010

RIchie Kotzen - Remember



I can read your mind
Don't you know its easy for me after all
This time
And I know when you lie
If were talking on the phone or one on
One
The truth you never hide
I don't need you to teel me theres
Something wrong
Because your eyes are unmistakable
I cant seem to get my head around you
being gone
so before you goa€|so before you leave
remember remember remember that your
hearts not unbreakable
remember remember remember that I
still love you
all the things I thought in never see
have now come to be
you said our love was strong I said that
we belong
but somehow I lost you suttenly
I don't need you me that theres
Something wrong
Because your give you away

Thursday, September 9, 2010

Raya



Hari ini hari raya. Hari untuk muslim meraikan kemenangan peperangan dengan nafsu. Aku harap aku antara orang-orang yang menang.

Beza Aidilfitri tahun ni adalah aku tidak berbaju melayu. Aku memakai jubah abang aku yang selalu dia pakai ketika berceramah. Aku juga tidak bersongkok, aku bertarbush merah. Aku rasa aku cool begini. Aku tidak rasa bernafsu untuk menjamah rendang, ketupat, rendang, kuah lodey. Aku terasa nak makan spagetti ataupun pasta ; paling jongos pun ayam tandori la kalau boleh.

Ramai orang menghantar sms raya yang penuh kreatif bermadah, berpantun, berseloka sampai 2-3 pages. Ada yang karang sendiri dan ada yang foward je dari sms orang lain. Cuma tukar nama je. hahaha. Aku bertindak untuk tidak melakukan benda tu walaupun aku selalu buat pada tahun-tahun lepas. Dan aku juga tidak reply walaupun dengan short form 'SHRA.MZB.' Maaf buat kawan-kawanku.


Aku pokai raya kali ni. Hehehe...
Kepada semua sahabat-sahabat yang kini sedang bersama keluarga ataupun sedang bekerja. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

Tuesday, September 7, 2010

*Sukun dan Mentega

Aidilfitri tinggal beberapa hari saja lagi. Aku sememangnya menanti dengan penuh kesabaran. Puasa Ramadhan kali ini aku rasakan berjaya menganjakkan aku lari sedikit dari kehidupan separa gelapku. Alhamdulillah walaupun aku tak dapat mengecap indah lailatulqadar. Tak apalah. Sesal tapi tak putus harap.

Dalam kegelapan identiti dan tingkahlaku, aku sebenarnya diterangi sedikit sinar. Bagai berada di dalam terowong gelap dan sudah nampak cahaya penghujung walaupun kutahu masih lagi beratus batu jauhnya.

Tahun ini aku didedahkan tuhan tentang kuasanya. Aku terima walaupun dalam bentuk musibah. Namun tuhan tak mungkin buat begitu tanpa niat. Aku percaya ianya adalah untuk mencuci dosa-dosa lama.

Aidilfitri tahun ini mungkin paling kusam buatku. Wangku habis. Tak tahu bagaimana untuk teruskan hidup sampai hujung bulan. Tapi aku rasa bangga kerana puasa tahun ini lebih best dari tahun-tahun sebelumnya. Lebih sempurna. Aku tak sabar untuk ke Ramadhan seterusnya.

*Tajuk tiada kena-mengena dengan isi.

Friday, September 3, 2010

PRINCE - PURPLE RAIN


I never meant to cause you any sorrow.
I never meant to cause you any pain.
I only wanted to one time see you laughing.
I only wanted to see you laughing in the purple rain.

Purple rain, Purple rain
Purple rain, Purple rain
Purple rain, Purple rain

I only wanted to see you bathing in the purple rain.

I never wanted to be your weekend lover.
I only wanted to be some kind of friend.
Baby I could never steal you from another.
It's such a shame our friendship had to end.

Purple rain, Purple rain
Purple rain, Purple rain
Purple rain, Purple rain

I only wanted to see you underneath the purple rain.

Honey I know, I know, I know times are changing.
It's time we all reach out for something new,
That means you too.
You say you want a leader,
But you can't seem to make up your mind.
I think you better close it,
And let me guide you to the purple rain.

Purple rain, Purple rain
Purple rain, Purple rain

If you know what I'm singing about up here.
C'mon raise your hand.

Purple rain, Purple rain

I only want to see you, only want to see you.