Sunday, January 18, 2009

epal silver


Aku nak ni... 
bagi aku bende ni seperti induk untuk kejayaan aku untuk esok hari... 
bende ni sebgai mesin motivasi aku utk lebih kerja keras supaya buleh setel segala hutang dengan lebih cepat.
bende ni besar untuk aku pada ketika ini. 
yaa aku aku mahukan mu sayang... mari ke mari. 
berdamping  denganku. 
aku sangat tagihkan sentuhanmu. 
ohh sayang ko mahal dan aku pulak tak mampu.... 
tp aku janji yg pada suatu hari nanti kita akan dapat bersama. 
di saat itu akan kupahat kusebarkan kujerit cerita tentang romantis cinta kita.... 

ofis whitewizard
1603

MAUT yang Nazak?!!


haha minggu lepas aku berkunjung ke pawagam. tujuannya hanyalah untuk menonton filem terbaru Bade Hj Azmi. MAUT tajuknya. hmmm... aku bukanlah seorang yang minat sangat dgn Bade ni. MAUT adalah film pertama bade yg aku tgk wayang. aku tak aspect sesuatu pun dari MAUT ni. sekadar ingin mengambil tahu sahaja. Siap aku pergi firstday showing tu beb!! haha show pukul 7.30pm(kantoi tak semayang maghrib. aduish! byk dah dosa ni!!) aku sampai pukul 7pm. pegi kaunter beli tiket. tengok gambarajah seat kt monitor. mak ai.. x sampai separuh penuh. gila ah. aku dtg lambat tp boleh dpat angle kegemaran(seat paling tengah dalam panggung). film ni aku buleh bagi 2 1/2 bintang aaa. boleh tengok la.. tak teruk. tak hebat. standard drama biasa la.. agak slow speed dia. yg menarik acting que aa. owh tak lupa visual efx dlm neraka tidak boleh dipandang enteng. kira hebat le tu. meremang gak la bulu hidung aku..... tp yg agak kelakar scene black metal la. lagu tak black metal pon huhu..  ade orang cakap bosan. tp bg aku org yg cakap bosan tu adalah orang yang aspect something yg boom kebaboo! dlm film  tu.  untuk aku, dah kira ok la untuk escapisme dari dunia realiti.... Support beb support!!! sekian...

Di sebalik ketelanjangan Palestin




Yaaaa... pada hari ini aku rasa nak menulis.. 
topik yang mungkin penting bagi sesetengah kawan aku.
dari sudut moralnya, dari sudut perjuangannya, dari sudut simpati dan macam2 lagi siput sudut..

semalam aku baca surat khabar. Cerita pasal peperangan di semenanjung Gaza. peperangan ke?
aku tengok dah tak macam peperangan. Ntah la. Ianya dah macam lebih kepada penguasaan. kalau main catur tu, kira palestin telah beberapa kali di 'cek' sebelum 'cekmet'. haa begitu lah...

Tapi mengapa negara-negara Arab macam tak melenting pun? ada teori mengatakan bahawa bangsa palestin tu bukan dalam suku sakat bangsa Arab... ada juga mengatakan bahawa peperangan ini bukan atas dasar agama. tp lebih kepada perjuangan atas dasar bangsa dan tanah. tanah Palestin tu ada orang cakap sebenarnya mmg milik yahudi. tapi memang menggelabah la kalau hospital pon dorang bedil... kenapa bongok sangat.,??!!

mengapa? mengapa? mengapa?


Office WhiteWizard
1341