Sunday, January 10, 2010

Tanpa tujuan


aku ke shah alam.
naik moto.
tapi tanpa tujuan.
aku sampai kat shah alam.
aku msg sorang2 kawan aku. nk lepak kalau mereka tak tidur lagi.
ada yg tak tidur. tapi aku macam malas plak nk lepak.

aku pon tatau kenapa aku perlu berada di shah alam.
aku tatau nk jumpa siapa.
aku tatau kenapa aku perlu jumpa siapa.
orang yang patut aku jumpa pon aku taknak jumpa.

aku lepak depan ESSO 7.
aku hisap rokok sebatang.
aku balik.
bijak.

aku dah makin tak kenal diri sendiri.

astaghfirullahal'azim.

Wednesday, January 6, 2010

Apa yang menarik hari ni?

tit tit tit tit tit tit...!!! haaihhh... Panggilan telefon dari Tengku Azmin menjadi ending kepada mimpi aku bersalaman dengan sofia jane. Tengku Azmin offer aku untuk join dia untuk proposal Music Video Bungfes (Bunkface). Menarik! I'm in.

Panggilan telefon itu berjaya membangkitkan aku dari katil. Aku semacam ada semangat baru untuk hidup. Aku bangun, aku minum air, aku melakukan senaman asas (fufff....!!!). aku on komputer, aku bukak segala file kerja.

Aku belum start kerja lagi dan aku turun. 2 biji telur aku rebus, rancangannya ingin buat 2 set sandwich telur. Sementara masak, aku buat lagi senaman yang diajar Mr.Shafiq. Memang peluh mencurah2 ke ladang gandum.

Kemudian...

Lepas tu...

Disusuli pula dengan...


Haahhh... tiada apa yang menarik untuk dikongsikan hari ini... Aku hanya mahu menulis....

Tuesday, January 5, 2010

Apa kata Haron Din mengenai isu penggunaan nama Allah?

Dr Haron Din merupakan ulama' yang terkemuka dan dihormati di Malaysia. Pandangan beliau mengenai satu-satu isu agama tidak boleh dipandang remeh. Mari kita fahami apa pandangan beliau mengenai isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam.