Saturday, November 13, 2010

Lagenda R.Azmi




R Azmi dilahirkan di Kuala Kangsar pada tahun 1923 dengan nama Raja Azmi Raja Ambiah, Beliau dikatakan disisihkan oleh kerabat istana Perak kerana memilih untuk membabitkan diri dalam bidang seni.Lebih kerakyatan, dan berdarah seni. R digunakan utk mendekati golongan rakyat pd zaman dulu yg begitu mengagungkan R dan takut ketulahan.

Selepas disisihkan, beliau membawa diri ke Singapura dan diterima bekerja di MFP Studio, Jalan Ampas sebagai penyanyi latar dan pelakon pembantu.
Pada zaman kegemilangan filem Melayu pada tahun 50-an, beliau dianggap pesaing hebat dengan P Ramlee.Pernah dr Klang ke Melaka utk buat persembahan dgn berbasikal

Mulai awal tahun 1960-an, namanya mula tenggelam. R Azmi terpaksa menyara kehidupannya menyanyi di funfair, itupun sambutannya tidaklah seberapa. Jika kalian mendengar lagunya iaitu Nasib Penyanyi, ia menggambarkan kehidupan sebenar beliau. Filem Jimi Asmara lakonan Allahyarham Hani Mohsin juga melengkapkan gambaran itu.

R Azmi meninggal dunia pada tahun 1974 akibat penyakit asma pada usia 51 tahun di rumah seorang guru besar di Klang, Selangor.

Hidupnya di saat akhir amatlah melarat kerana tiada anak isteri atau saudara mara di sisinya. Tambahan pula, pembabitannya di bidang seni tidak memungkinkan beliau mengumpul harta di hari tua, hinggakan beliau terpaksa menumpang teduh di rumah orang hanya untuk menemui ajal.

Selain lagu Memikat Hati, lagu popular lain daripada R Azmi ialah Si Cantik Manis, Hati Rindu, Terimalah Salamku, Putih Kuning, Kalau Ke Singapura, Ingin Ku Berjumpa, Helo Helo Sayang, Senyuman Yang Manis, Di Bawah Bulan Purnama (duet dengan Rokiah Wanda), Renungan Di Senjakala, Hatiku Kecewa, Mata Keranjang, Nasib Penyanyi, Bercerai Kasih, Kerana Mata, Hore Hore Samba, Pak Hitam, Rindu Kalbu dan Kalau Sudah Tergoda.

2 comments:

mohammad said...

salam ziarah

Nota-nota Mesin said...

Salam tuan blog..sila rujuk --- http://www.sinemamalaysia.com.my/artist/info/?id=Raja_Azmi_Raja_Ambiah_6801 ; R.Azmi dilahirkan di Klang sebenarnya..drp yang diceritakan oleh abah saya..beliau merupakan bau-bau bacang atuk saya. kerabat selangor sultan abdul samad- Jugra. Sekian, harap maklum. `