Filem usahasama Skop Production dan GB menelan belanja RM2.1juta kalau tak salah aku. Skrip, Screenplay, Editor, Director si Syamsul Yusof. DOP ada 2 orang, Omar Ismail (banyak job DOP filem dengan Skop) dan Azami Alias(First job DOP kalau tak salah aku, sblm ni dia Gaffer je).
Berbalik kepada EKD2. bagi aku trailer dia cantik.
mungkin music background banyak membantu dari segi mood trailer dia tu. cutting pon cantik. satu trailer filem yang mampu menarik penonton la. bagus la tu.
Itu baru trailer. Bagaimana dengan hasilnya?
Bermula dengan scene pembukaan di mana si zack (syamsul) dan rakan2nya dalam satu competition drift. Dipalu dengan lagu tema oleh James Baum(betul ke ejaan ni?). Ada Heroic Shot(istilah ni aku sorang je pakai, aku tatau kalau ada istilah lain) low angle di mana si hero, heroin dan sahabat2 hero berjalan dengan kadar slow motion... hehehe hebat habis la tu. kira nk jadi cite, zack pon menang la competition tu. Syam(Farid kamil ; dalam EKD1 dia kene langgar) datang lambat dan di sini ada satu dialog yg menggelikan. hahahha kalau nk tau tgk la sendiri.
Pastu diorang happy, buat majlis makan2, kehidupan semua berjalan lancar, blablabla yada yada yada. Diselangselikan dengan scene gangster jual dadah yang menembak manusia tanpa segan silu. ganas habis. ( berbeza dengan filem2 skop yg lain di mana antagonis perlu mengeluarkan ayat2 yg membuang masa seperti "Kau tak dapat lari lagi dari aku" ataupun "Sekarang aku mahu bunuh kau kerana aku ada pistol dan kau pula tidak,"). Aku suka watak gangster aron aziz sebab bagi aku menjadi la kot. seorang gangster yg ditakuti kerana kebolehannya membunuh nyawa manusia dengan senang lenang.
err apa lagi, Aksi drift. hmm aku tak berani nk comment hal ni sebab aku bukan seorang yg sukan filem aksi permotoran. ada orang cakap, aksi jual dadah lebih banyak dari aksi drift. ntah la. tapi ade satu fav shot yg bg aku cantek la. macam dalam 1 shot cite batman : dark knight.
Memandangkan aku editor. Ada beberapa komen pasal editing. bagi aku pacing action scene tu ok. sebab laju dan boleh menimbulkan rasa suspen dan exciting. tapi masa perbualan pon laju juga. ketika scha berborak gedik dgn zack pon cutting laju tanpa sebab.
Dialog, hmmm improved. walaupun ada lagi trademark corak perbualan cerita skop2 production. Contohnya, mesti ada dialog2 yg berbaur memuji rakan tapi yang rakan tu rendah diri. "Kau ni memang pandai drift la, Zack. takde sape boleh challenge kau." "Eh, Apa kau cakap ni? aku jadi macam ni pun sebab sokongan dari korang jugak. Tanpa korang, aku mungkin kat bawah lagi". Dari segi konflik juga pon sama jugak. Di mana si A bila gaduh mulut dengan si B, si B mesti terlepas cakap yang membuatkan si A beredar dari situ. kemudian si B menyesal. semua konflik dalam cite skop baik drama atau filem. sejak zaman pemburu bayang - 2010, semua camtu. tak berubah.
Aku suka scene Si Sham (yang tempang tapi gian berlumba) berangan lumba kereta di workshop Zack. Sham geram kerana kakinya tempang dan dia jeles dengan kejayaan Zack. bagi aku agak touching walaupun aku bukan drifter.
Cara pengarah menunjukkan mereka sahabat yang baik agak kelakar sikit. dah macam gayboy la plak. letak frame gambar berdua kat rumah. hahhaha kenapa tak letak gambar berdua dalam wallet terus
Haaa ada watak polis dalam cerita ni. hahhaha ada orang cakap filem ni ada EKD versi Gerak Khas. hahhaha yes masih ada lagi dialog2 kepolisan gerak khas yang nk bagi penonton senang faham. "Saya percaya kes pembunuhan ini ada kena mengena dengan Daniel" "Betul tu tuan, Kita sudah lama menjejaki si Daniel berikutan dengan kes-kes pengedaran dadah di sekitar ibu kota" hahahha giler detail padahal diorang satu unit polis, takkan buat apa nk bagitau secara terperinci ketika berborak dua orang. Si polis ni pun kaki drift juga (kebetulan... nak buat macamane) sampai pergi operasi pon bawak keta sendiri. gila drifter kental!!!!
Buat masa ni itu je la yg aku nk comment. ada banyak lagi tapi aku malas nk menulis contohnya : Si gangster boleh bunuh ramai orang tanpa byk bicara. tapi bila jumpa polis, boleh ajak bertumbuk plak. hahhahaha ada lagi....
ada scene 2 kete sukan terpelanting terbabas tergolek2 dan meletup. teruja la kejap.
takpe. bagi aku improved. dan tersasar sikit dari trek dan acuan skop production. ada weakness di sana sini tapi ditampal oleh benda2 kosmetik agar tak bosan. ok la tu. overall tak bosan. dan perjalanan masih jauh untuk Syamsul Yusof (fuff.. macam aku otai2 je). Cuma aku rasa, jangan la berlakon. (hehehe)
laju. lajukan... gegar. gegarkan... laung. laungkan... evolusi.. k. k. k. k. kl drift..... k. k. k. k. k. kl drift...
aku sampai sekarang tak tau kenape nama dia EVOLUSI KL DRIFT. apa yang evolusi? ada sesape boleh bagitau?
Chow.
No comments:
Post a Comment