Saturday, May 29, 2010

Kisah Din Pasar Malam

Assalamualaikum.
aku ada seorang rakan yang buat aku seronok untuk menjadi rakan dia.
Namanya DIN. mamat ni sebenarnya tiada apa yang istimewa. Dia tidak stylo seperti Calon-
calon peserta Akademi Fantasia. Pakaiannya biasa sahaja setiap hari. Aku tak pernah tengok dia pakai kemeja sejak aku kenal dia.
Seorang yang sempoi. Aku tak boleh bayang kalau aku jadi dia. Hidupnya sungguh RUTIN.
Bangun. Keje. Balik. Tido. Begitulah hidupnya setiap hari.
Tetapi aku kagum dengan dia.
Pelajaran tidak tinggi. Tapi Rajin(Super Rajin). Bersungguh-sun
gguh. Ada vision. Confident.
Tahun 2007 dia pernah cerita dengan aku yang dia cuti sehari saja dalam setahun. Cuti Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Peh! Kau tak bosan ke din? "Apa nak buat, terpaksa" jawabnya selambe...

4 tahun dulu aku tengok dia kerja dengan Bob Burger.
3 tahun dulu aku tengok dia tolong abang ipar dia meniaga pasar malam.
sejak tahun lepas dia telah meniaga Pizza di Pasar Malam.


Din sedang memproses pizza.


Din sedang memotong pizza


Din sedang memasukkan pizza ke dalam oven


Walaupun pun tak sesedap Dominos. Tapi dengan harganya, boleh la...


Din melayan customernya.


Din malu-malu bila aku nak amik gambar dia posing. wakakaka


Semoga berjaya Din~! Aku kagum dengan kau! Hebat!


2 comments:

Unknown said...

best.
undilah din sebagai wakil rakyat.
wakakaka!

Unknown said...

Salam,saya nak tanya tentang oven yang Din gunakan untuk panaskan pizza ,mana nak dapat,dah lama juga mencari,minta tolong email atau call saya Zaleha 0132650281.Tq.