Monday, July 19, 2010

Habis Madu Sepah Dibuang

Hari ini aku terpanggil untuk menulis. aku dah lama juga tak menulis sejak sesuatu yang berlaku dalam diri aku. errkkk.. tak perlulah aku berpanjang lebar. Siapa yang tahu, tahu la...

Dalam kebizian bekerja dan melakukan aktiviti yang digemari. aku juga bz dgn 'sesuatu' ni... yang cuba mengubah lifestyle aku secara total. peh... dan aku terpaksa ikut caranya. Tetapi tidak secara total. Apa dia ingat aku ni senang nak ikut cara hidup lain tanpa motif yang tepat? peh..

Mungkin ada di antara kalian bertanya, 'sesuatu' ini adalah yang positif atau negatif? yang buruk atau yang cantik? yang putih atau hitam? hmmmm berminggu-minggu aku cuba memikirkan tentang jawapan itu. Akhirnya aku terpaksa memilih kesemua jawapan sekali. Aku rasa ianya membuatkan aku lebih mengerti tentang hidup. Tentang masalah orang lain. Tentang LIFE la senang cerita.

Senang cerita, 'sesuatu' mengajar aku untuk lebih bertenang dan gelabah kadang-kala. mengajar aku untuk diam dan memberontak kadang-kala..

Kepada yang tak faham, sila bangga. Kerana kalau anda faham pun, anda sebenarnya tidak faham. Masalah mental camni susah nak explain... ngeeee tapi hari ni aku akan menyelesaikan masalah ini.... setelah aku mengambil sesuatu daripada 'sesuatu' ini.. aku akan berusaha membuangnya... Biarlah orang cakap 'habis madu sepah dibuang' kerana orang yang bercakap itu pon sampai mati takkan mengunyah sepah sampai hadam pun....

4 comments:

tukangtulisnota said...

aku bangga sebaba ku tak paham. huhu

Hani said...

hahahahahahhhaha
tumpang gelak jap

Bila Yidzak Menulis said...

hahhaha bagus... selamat datang ke kelab tak paham

tukangtulisnota said...

boleh ko bg aku paham