Tuesday, September 7, 2010

*Sukun dan Mentega

Aidilfitri tinggal beberapa hari saja lagi. Aku sememangnya menanti dengan penuh kesabaran. Puasa Ramadhan kali ini aku rasakan berjaya menganjakkan aku lari sedikit dari kehidupan separa gelapku. Alhamdulillah walaupun aku tak dapat mengecap indah lailatulqadar. Tak apalah. Sesal tapi tak putus harap.

Dalam kegelapan identiti dan tingkahlaku, aku sebenarnya diterangi sedikit sinar. Bagai berada di dalam terowong gelap dan sudah nampak cahaya penghujung walaupun kutahu masih lagi beratus batu jauhnya.

Tahun ini aku didedahkan tuhan tentang kuasanya. Aku terima walaupun dalam bentuk musibah. Namun tuhan tak mungkin buat begitu tanpa niat. Aku percaya ianya adalah untuk mencuci dosa-dosa lama.

Aidilfitri tahun ini mungkin paling kusam buatku. Wangku habis. Tak tahu bagaimana untuk teruskan hidup sampai hujung bulan. Tapi aku rasa bangga kerana puasa tahun ini lebih best dari tahun-tahun sebelumnya. Lebih sempurna. Aku tak sabar untuk ke Ramadhan seterusnya.

*Tajuk tiada kena-mengena dengan isi.

No comments: