Saturday, January 29, 2011

Tips Elak Malas Semayang

1. Bersiap sedia mengambil wuduk sebelum azan.

2. Jangan berlengah-lengah untuk bersolat setelah azan berkumandang.

3. Sentiasa mengingati bahawa malaikat Izrail boleh dating bila-bila masa untuk mencabut nyawa kita, dan kita akan mati.

4. Fikirkan segala azab yang akan diberikan oleh Allah s.w.t.

5. Fikirkan bagaimana siang boleh menjadi malam pada tepat waktunya tanpa sebarang kesilapan. Ia membuktikan kekuasaan Allah s.w.t.

6. Mengenal sifat-sifat Allah kerana dengan mengenal sifat-sifat Allah, manusia akan mendapat merasakan kehadiranNYA dan langsung menanam benih cinta terhadap Allah. Dengan ini manusia akan turut setiap perintah Allah dan tidak akan melengahkan sembahyangnya. InsyaAllah.

7. Mengingati bahwa solat itu penting sebelum kita disolatkan.

8. Sebagai manusia kita tidak lepas dari membuat dosa, dan waktu bersolat itu adalah masa yang sesuai untuk bertaubat.

9. Pergi ke masjid sekiranya malas bersolat bersendirian.

10.Bersembahyang berjemaah bersama ahli keluarga.

11. Menghayati bahawa solat itu adalah jalan yang benar-benar ke akhirat.

12. Jangan makan terlalu banyak kerana bila perut terlalu kenyang akan membuat kita berat dan mengantuk, maka malaslah kita untuk solat.



*ni aku copy dari blog orang lain sebenarnya. sebagai panduan untuk semua dan aku.... aku pun ke laut jugak kadang-kadang (selalu sebenarnya).. jadi sama2 lah kita beringat. wallahualam.

3 comments:

Asraf Mahmud said...

Cayalah Yid!

Betul semua yang tertulis, tapi kalau kita mampu merasai 'mengadap' Allah itu & menyedari hakikat seorang hamba, serta hakikat Pencipta maka kita akan lebih seronok, khusyuk dan tidak berat untuk bersolat.. Nikmat yang tidak terkata..

"Mengenal sifat-sifat Allah kerana dengan mengenal sifat-sifat Allah, manusia akan mendapat merasakan kehadiranNYA dan langsung menanam benih cinta terhadap Allah." - Ayat ni sangat berat sebenarnya, bukan semua orang dapat faham maksud tersirat ayat ni.. Menyedari, mengenal sifat Allah pada setiap waktu akan dapat memperbaiki solat kita..

Mm.. Allah tu sangat dekat.. Allah tu sangat dekat dengan kita..

Sama-samalah kita...

Bila Yidzak Menulis said...

insyaallah... moga kita semua boleh patah balik... kalau boleh taknak terpesong jauh... walaupun aku tak minum arak. tak kaki pompuan. tak pegi club joget2. tak rompak bank. tapi aku tetap rasa aku ni jahat sangat...
peh...

Asraf Mahmud said...

Alhamdulillah..

Baguslah..

Berpatah balik ke tujuan asal manusia. Kembali kepada fitrah manusia. Mengabdi & mengEsa-kan Allah. Kenal hakikat diri baru kenal siapa Pencipta kita.

‎"Akan datang kepada manusia suatu zaman, ramai yang bersolat padahal sebenarnya mereka tidak bersolat" - (Hadis Riwayat Ahmad)

"..padahal sebenarnya mereka tidak bersolat"

- hakikatnya mereka tidak solat, sebab tidak kenal Allah, bila tak kenal Allah macam mana nak ingat Allah, kalau tak ingat Allah kepada siapa kita persembahkan segala amal ibadat kita selama ini?

Akhir zaman yid akhir zaman..

Wallahualam..