Thursday, December 24, 2009

LARI DARI NIKOTINA BABAK 1

BABAK 1

Bilik Tidur Rahim

Malam


Rahim mengeluarkan sebatang rokok dan terus sumbat di bibirnya. Kemudian di menyalakan rokok dengan sebiji lighter di tangan kanannya. Tangan kiri menghalang angin yang membuatkan api lighternya padam. Rahim menghembuskan asap. Fuuuuufff...... Rahim terus menulis 'KAU BUKAN TUHAN', manuskrip novel barunya di laptop. Jari jemarinya aktif bergerak menandakan ideanya tidak putus. Dia tahu dan yakin dengan apa yang dia tulis. Rahim menekup mukanya dengan tapak tangan sebentar dan terus menulis... Tiba-tiba dia tersenyum sendiri dengan apa yang dia tulis. Rokok tak pernah lekang dari tangannya, bibirnya dan di ashtray rokok. Kadang-kadang dia berdiri, berjalan di biliknya... Rahim pejam mata sambil berkata-kata sendirian. Idea sangat penting untuknya. Dia menyalakan rokoknya lagi... selepas habis sebatang, dia hisap sebatang lagi... Kadangkala, dia menyalakan rokok barunya dengan bara rokoknya yang baru dia hisap tadi. Dia terus menulis... Dia berdiri di tepi tingkap sambil bercakap di telefon bimbitnya.


bersambung....


No comments: