Assalamualaikum...
aku pergi menonton pelem KARAOKE arahan sutradara Chris Chong. Karier si Chris bermula di Toronto sebenarnya. Dia banyak bikin filem pendek sebelum ni. Crash Skid Love, Pool, Block B (sekadar menyebut beberapa tajuk). Jadi ini merupakan feature film yg pertama untuk beliau selepas berjaya mendapatkan dana dan budget dari beberapa pihak.
Ok, berbalik kepada pelem ini. Seperti biasa, niat aku menonton wayang gambar adalah untuk mengetahui apa yang ada di dalamnya... macam kita beli dingdang atau tora, kita mesti nak tau ape mainan dalamnya bukan? mungkin kita dapat gasing hikmat, berudu ajaib ataupun jongkang jongkit. haaaahhh start mengarut dah.....
ok.. ye la.. nak cerita la ni... KARAOKE sebenarnya mengisahkan seorang remaja, BETIK, yang baru habis belajar kat UITM dan pulang ke kampung halamannya dengan tujuan untuk mendapatkan hidupnya kembali... Ibunya ada bisnes. cafe kecik yang ade karaoke. orang2 kampung selalu dtg ke premisnya untuk melepak dan berkaraoke... semua orang sangat happy bila berkaraoke... tiap2 malam mesti penuh la kan...
Betik cuba untuk mendapatkan hidup yang sempurna (ada family, ada kerja, ada awek).. tapi masalahnya dia tak dapat. actually, tak banyak benda yg bleh aku ceritakan.. sambil tu dia ada membantu dalam satu production video karaoke... dan menjadi bidan terjun yakni jadi model dalam video tersebut.
Slow pacing, dragging.... sangat lembab... orang nk bentang tilam pon ditunjuknya... byk sangat wide shot yang panjang... tapi takde benda yang penting pon... orang berjalan lame2...
kesimpulan. apa yang aku boleh simpulkan di sini adalah, pelem ini aku rase cerita pasal real life di mana hidup kita yg sebenar tak seperti yang ada dalam video karaoke..
ada scene macam documentary. takde dialog n takde voice over... aku rase mmg pjg la... 10minit ade kot.. tunjuk si betik jalan kat ladang kelapa sawit... tunjuk kilang proses kelapa sawit.. hahaha lantak la.. jadi jika anda sukakan spiderman, g.i joe, x-men... saya sangat pasti anda akan menyumpah bile tgk cerita ni... untuk review yg lebih ilmiah? tanye la scholar film... mereka mungkin tahu kecantikan pelem ini.
terima kasih kerana sudi membuang masa untuk baca entry saya ni.... buat pengetahuan kalian... saya menulis entry ini setelah dicekik oleh seorang rakan.... isk isk
1 comment:
memang patot ko kena cekik.kan besh dah ada samting utk kitorang bace.meh kitorang tolong kasi lawa blog ko nih. aku letak teletubbies ke,atau poster pelem2 yusof haslam as a background.meh!
Post a Comment