Boleh dikatakan ramai dikalangan kawan-kawanku dah mula bertunang dan berkahwin. Alhamdulillah. bagus bagus... Ramai juga yang dah pakai kereta hasil titik peluh sendiri. Bagus dan tahniah aku ucapkan. Ada segelintir daripada mereka yang ada masalah kesihatan. Buasir, Gout, Jantung, Kencing Manis, Darah Tinggi.... perghhh....
Di sini aku susah untuk katakan aku makin dewasa.. tetapi persekitaran aku sudah dewasa. Dari segi topik perbualan, masalah, hobi dan macam-macam lagi rata-rata bertemakan 'Kedewasaan Manusia'...Adakah aku sudah dewasa?
Ada seseorang pernah cakap aku belum dewasa kerana aku berambut panjang... yeke?
nota: industri 'dewasa' di Malaysia juga semakin dewasa.
No comments:
Post a Comment