Thursday, August 26, 2010

Antara Kebuduhan aku



1. Mengingati tarikh.
Aku paling fail kalau ingat tarikh. Dalam exam Sejarah masa SPM pun aku tak ingat walau satu pun tarikh-tarikh penting sejarah Malaysia. Sebenarnya bukan setakat tarikh. Apa-apa yang bersifat kenomboran, itu yang aku sukar untuk ingat dan hafal. No pendaftaran motor aku pun, aku ambil masa dekat setahun setengah untuk hafal. Aku lebih suka memahami dari menghafal.

2. Suka lari dari masalah
Lantak la.. Sukati kau la.. isk nanti-nanti la kot.. selalu menjadi anthem aku kalau aku sudah malas mahu berfikir. Benda ni kadang-kadang membawa kebaikan. Kadang-kadang buat lagi teruk sebenarnya. Aku berusaha untuk membendung kebuduhan aku.

3. Suka menyesal
Aku suka menyesal. Kalau satu-satu perkara itu bertambah teruk, baru nak menyesal. Satu je benda yang aku tak menyesal. Iaitu bila nasi menjadi bubur... jadi bubur nasik, makan je la..

4. Masalah bangun tidur
Masalah ni telah diperakui dan disahkan oleh room mate, housemate, mak aku, dan bos-bos aku.. Aku kunci alarm di handphone. Bila cukup time, berbunyi, aku bangun tengok handphone dan aku matikan alarm. aku tidur balik. setengah jam selepas itu, mak aku kejutkan aku, aku bangun, dan tidur kembali. 2 jam kemudian, bos aku pulak call, terus rasa segar.... tak payah mandi, terus pakai baju hehehe...

5. Suka menceritakan kebuduhan aku
lihat saja entri ini....

soalan kuiz minggu ini : Perempuan berambut blonde sering dikaitkan dengan kebuduhan, mengapa?

3 comments:

l@dylily said...

nak jawab quiz..

erm sebab britney spears blonde n she is buduh..

thnx..

ps: kalau betol dapat adiah x?

Bila Yidzak Menulis said...

kalau betul dapat hadiah subsisi baja kompos. Sila refer YB cawangan masing-masing. tenkiu.

Superman's Girlfriend said...

wow