Dunia aku sedikit terumbang-ambing. Aku sedar yang aku masih lagi berlayar tanpa kompas. Namun aku tetap teruskan pelayaran. Tak tahu kemana. Barat atau timur? Utara ke Selatan? Belasah je la ikut angin... Jumpa darat, singgah. Jumpa taufan, redah.
Aku keliru dengan perasaan aku. Ye betul kata seseorang tu. Aku rasa aku perlu perbetulkan pendirian aku kepada beliau. Perasaan aku ni betul-betul serius ke? atau sekadar bersifat sementara kerana lonely? Pening kepala weehhhhh... Aku tak salahkan beliau. Yes! Perempuan berhak dapatkan payung untuk mereka berteduh. Payung aku tak la sekebal mana.. tampal sana tapi bocor di sini... Jiwa aku ingin ke level seterusnya tapi hakikatnya keadaan tak meyakinkan. Kalau aku jadi dia pun aku tak yakin... ahhhh permainan perasaan ni terlalu kompleks macam trilogi the Matrix...
Lupakan fasal perasaan.
Sukar jadi orang dewasa ni rupanya.. Macam-macam benda nak fikir. Aku berharap Ramadhan kali ini lebih baik. Aku berusaha ke arah itu. Ye... aku semakin hari semakin rasa feel sebenar Ramadhan... Aku harap feel ini akan terus aku bawa ke bulan-bulan berikutnya... InsyaAllah...
1 comment:
tabahkan hati ,yid.
ttbe je aku ni.
=D
Post a Comment