Saturday, May 15, 2010

5 perkara yang menjadi masalah bagi aku.

1. Lepak kedai mamak ketika ramai muda-mudi dan tua-tui menonton perlawanan bola sepak negara England.
Aku ada masalah dengan golongan peminat tegar bolasepak. Tak kisah la mereka sokong team mana sekalipun. Ya aku memang bukan seorang peminat bolasepak ( + kaki bangku ). Aku tak larat nak tengok gelagat fanatik-fanatik team masing-masing memaki hamun player jika mereka tidak hebat dalam satu-satu perlawanan. Tambah pulak kalau mereka menganjing-anjing penyokong team lawan. Bagi aku yang tak layan hiburan yang tidak cool (maksud aku tidak cool itu adalah disebabkan sikap peminat bola itu sendiri )itu, sudah semestinya aku tak selesa nak bersembang dengan rakan-rakan satu meja. Bayangkan jika aku tanya ''Amacam kerja sekarang?'', rakan aku menjawab "kejar la Rooney!!!! bodoh lembab!!!", apakah perasaan aku ketika itu? hahahha ntah la. minat lain-lain.

2. Menonton Filem di panggung wayang bersama rakan-rakan 4 orang ke atas.
Aku juga ada masalah dengan perkara ini. Bila aku nak tengok filem A, Rahmat dengan Iskandar kata dah tonton. Bila aku nak tengok filem B, Abu cakap dah tengok dan komen cerita tu tak best, lembab dan tak menghiburkan. Jamil cadang tonton filem C, panggung sudah full. kalau nk tonton pun kena tunggu lagi 6jam. Aku jenis tak kisah tunggu, tapi Rosnani pulak taknak. Akhirnya kami semua tonton filem D, sebuah filem komedi yang tak kelakar bagi aku. Yahoo Seronok! Janji dapat menonton wayang bersama rakan-rakan. Errrggkkhh...

3. Mendengar rakan review sesebuah filem secara lisan dari awal sampai habis.
Fungsi filem adalah untuk ditonton. Bukan untuk diceritakan. Jika anda ingin rekemen sesebuah filem kepada rakan anda, sila tease sahaja supaya rakan anda ada minat untuk tonton (contoh ayat :- Kalau kau nak tengok Sofea Jane pakai bikini naik unta, kau tengok cerita tu). Ataupun paling teruk pun ceritakan tentang satu scene yang menarik dalam filem itu. Jangan cerita dari mula sampai habis. filem yang menarik itu akan terus jadi tak menarik jika anda berbuat demikian.

4. Individu yang selalu merendahkan orang lain.
Kalau betul anda sedang berada dalam puncak karier anda pun, jangan rendah-rendahkan orang lain yang sedang mendaki dan mencari channel yang betul. Definisi kejayaan itu berbeza untuk setiap orang dan nak mencapai kejayaan itu bukan dengan satu jalan sahaja. Takkan nak berjaya perlu jadi doktor ataupun engineer je? Mungkin hari ini orang nampak si polan belum berjaya tapi siapa tahu tahun 2012 si polan berjaya? tak ikut pun jejak langkah anda? camne tu? Ala.. kalau kau boleh beli kereta pun, bukan maksud kau kaya. Kau hutang jugak. Orang yang berhutang adalah orang yang tak mampu. Paham-paham sendiri la.

5. Pekerja TV Production yang tidak mahu mengaku salah sendiri.
Kau dah buat kesalahan ketika penggambaran dan kau salahkan orang lain. Ini adalah kerana kau senior dan tak wajar nampak lemah. Kamon la brader, George Lucas pun banyak buat silap dalam Star Wars laaa... ngaku je la salah kau dan kau perlu lebih berwaspada di hari yang lain. Akhirnya aku yang sakit jiwa nak repair segala kesalahan kau secara automatik dan kerja aku jadi tak menarik. Lantak kau laaahh!!!!!!!

4 comments:

Hasnol Jafaar said...

hahahahahahaaha!

salwa said...

sy suka

Ishmael Hussain said...

saya paling suka nombor tiga dan empat. tapi kena tengok situasi dan masa. buat masa sekarang nombor empat paling best sekali.anda mungkin tahu kenapa.
wakakaka!

Muhaimin Shah said...

no 5 tu mmg aku banyak nampak, anak-anak buah buat silap dimakinya tanpa belas kasihan, bila dia salah buat taktau je.. fuker