Tuesday, May 4, 2010

Hidangan Barat Oleh Orang Timur.

Tajuk : the Good the Bad the Weird
Tahun : 2008
Negara : Korea Selatan
Director : Kim Ji Woon

Saya susah untuk menonton filem berbahasa asing selain Bahasa Inggeris, Tamil dan Iran. Tak tau la mengapa. Mungkin sebab gaya sebutan atau lenggok kata yang membuatkan saya susah nak feel. Saya hairan mengapa makcik-makcik dan kakak kakak di rumah boleh setia menonton drama korea, philipine, thailand, venezuela kerana bagi saya gaya lenggok kata mereka sangat mencuit hati.

Tapi satu hari saya tidak tahu mengapa Tuhan membuka hati saya untuk menonton sebuah filem dari Korea Selatan. Filem ala koboi tetapi settingnya masih di Asia. the Good the Bad the Weird bergenrekan action/comedy/adventure inspirasi dari filem koboi lama The Good The Bad The Ugly.

Apa yang menarik sangat filem ni sampai aku nak tulis kat blog aku? hahaha kekuatan filem ini terletak pada acting, cinematography, dan screenplay. Pada siapa yang suka dengan elemen 'Long Take Shot' punya style, anda boleh tonton filem ini. Cantik dan Liar. Ada CGI touch-up di sesetengah scene. tapi masih lagi manual. Saya suka. (Saya tidak suka filem yang terlalu banyak CGI kerana filem itu akan kelihatan PONDAN akibat terlalu banyak pembedahan kosmetik)

Cerita yang mengisahkan tentang adventure nak cari harta karun peninggalan Tentera jepun (klise bukan? tapi plotnya fresh) memang berperisakan cerita koboi zaman clint eastwood. Tetapi masih berdarah Asia (nilai hormat pada orang tua etc). Tiada adegan romantis pasangan kekasih berbicara cinta bawah pokok pine ye sedare. senang cerita filem ni fusion Western Eastern la.

Kandungan seni dan entertainment pop yang seimbang membuatkan filem ini boleh dianggap hebat. aaahhh malas nak cerita la... tengok la sendiri! kat panggung memang takde la. beli DVD la!!

(4bintang setengah ikhlas dari aku)

No comments: